Pelbagai Aktiviti Meriahkan Dunia PYRACOSMIC
Bermula pada suku tahun 2008, pelbagai jenis aktiviti PYRACOSMIC sentiasa sibuk memenuhi keperluan ahli, pelanggan serta semua pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan serta mengetahui lebih terperinci tentang keunikan produk, seminar dan khidmat yang disediakan.
Antaranya adalah Seminar Internal Self Healing 565 (Penyembuhan Dalaman) dan Riadah Pernafasan yang diadakan untuk Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai atasan Kementerian Penerangan Malaysia di Damai Laut Lumut dan juga di Cameron Highland. Program-program yang sama juga diadakan untuk Jabatan Audit Negara di Putrajaya dan di Shah-Alam Selangor.
Bagi mereka yang memerlukan pengetahuan intensif tentang syarikat, konsep rawatan dan produk, mereka dibawa mengikuti Seminar Keusahawanan PYRACOSMIC (PES) selama 2 hari 1 malam di Genting Permai Resort.
Seminar Keusahawanan PYRACOSMIC - Memperhebatkan Prestasi Diri Dan Perniagaan
Seminar Keusahawanan PYRACOSMIC telah dianjurkan sebanyak 3 kali di Genting Permai Resort dan dihadiri oleh pelbagai lapisan umur serta latar belakang peserta yang berbeza dan datang dari seluruh pelusuk tanah air. Seminar 2 hari 1 malam ini cukup padat dengan pelbagai latihan intensif bagi mendekatkan diri peserta kepada syarikat, konsep dan daya pyramid, keunikan produk serta peluang perniagaan dan kecemerlangan diri yang ditawarkan oleh PYRACOSMIC.
Peserta juga mengikuti pelbagai latihan praktikal mengenai cara menggunakan produk secara efektif, cara pemasangan dan penukaran catrij sistem rawatan Pyra Energy Water, rahsia mengekalkan kecantikan dan rawatan peribadi serta banyak lagi. Pelbagai petua dan rahsia mengenai aspek-aspek kehidupan termasuk kecemerlangan, tubuh, rohani, emosi dan pernafasan juga dipelajari di sini. Pendekatan yang digunakan amat mudah dan praktikal tetapi mendatang-kan kesan yang maksimum.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta PES 1,2&3. Pastikan anda juga tidak ketinggalan menyertai PES yang seterusnya pada 28&29 Jun 2008. Daftar awal kerana tempat adalah terhad!