Ciri Usahanita Berjaya
Sepanjang pengalamannya menjadi usahawan, dan kini turut dijemput memberi motivasi kepada orang ramai, Dr. Ahmad Lothfi mendapati seseorang usahawan berjaya itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Dan ciri yang paling utama ialah berfikiran positif. Katanya, usahawan mahupun usahanita harus memiliki minda positif jika mahu berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Dr. Ahmad Lothfi turut menyenaraikan beberapa ciri lain yang perlu diamalkan jika ingin menjadi usahanita berjaya.
- Keperluan yang tinggi untuk berjaya
- Hasrat untuk menerima cabaran.
- Bebs di segi fikiran dan tindakan.
- Penyelesai masalah.
- Sering mengharap masa depan yang baik.
- Sentiasa peka dengan persekitaran dan sering mencari peluang.
- Memiliki kepercayaan timbal-balik dengan orang lain.
- Kesudian menerima tanggungjawab.
- Mahir berkomunikasi.
- Konsep diri yang positif.
- Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
- Berkepimpinan.
- Pandai membuat keputusan.
- Melihat satu-satu perkara dari sudut positif.
- Bersyukur dengan kehendak Tuhan.