Aura Bentuk Keharmonian
Mungkin ia dianggap mustahil tetapi percaya atau tidak, dengan menggunakan aura tenaga dalaman atau melalui gelombang sel-sel tenaga lam semula jadi ikatan kekeluargaan dapat dijalinkan dengan harmoni.
Bernaung di bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan bekerjasa dengan pihak kerajaan dan korporat dalam membina generasi daripada pelbagai peringkat, Akademi Pyracosmic menyediakan platform bagi penganjuran aktiviti pembangunan minda dan perilaku sosial yang dapat memberi manfaat sepanjang hayat kepada para pesertanya.
 |
Program Riadah Pernafasan memberi kesan luar biasa dan sesuai untuk semua peringkat umur
|
Pyra diambil daripada perkataan pyramid yang bermaksud tenaga manakala cosmic pula didefinisikan sebagai alam semujlajadi. Oleh itu, menerusi gabungan kedua-dua perkataan, terciptalah nama Pyracosmic yang bermaksud tenaga alam semulajadi.
Ditubuhkan pada awal awal Januari 2006, Pyracosmic bertujuan melahirkan insan yang berjiwa besar dan berjaya mencapai cita-cita serta melahirkan manusia yang berkemahiran tinggi dalam dunia sains dan teknologi.
Diasaskan oleh seorang ahli sains metafizik dan rawatan alternatif, Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, Pyracosmic menyediakan pelbagai kemudahan dan program untuk orang ramai mahupun ahli keluarga.
Antranya, kursus dan seminar kecantikan diri, pengucapan awam, riadah pernafasan mingguan, rawatan alternatif, kaunseling serta memperkenalkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan.
Menurut Dr. Lothfi, dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah tekanan mahupun penyakit. Di Pyracosmic, turut diperkenalkan adalah kaedah rawatan bagi membantu pasangan suami isteri menghadapi masalah rumahtangga, anak-anak dan golongan remaja.
Sebagai contoh, program Riada Pernafasan merupakan aktiviti mingguan yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mindah, tubuh, emosi dan pernafasan. Program ini juga memberi suatu pengalaman menarik serta kesan yang luar biasa dalam kita melayari kehidupan yang serba mencabar hari ini.
"Di samping kesihatan, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana kami menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti Riadah Pernafasan yang diadakan sekali dalam seminggu.
"Malah, saya pernah membantu sebuah keluarga yang menghadapi masalah dengan anak perempuan mereka yang gemar bersosial sehingga larut malam. Alhamdulillah, dengan menyertai program ini beliau telah kembali ke pangkal jalan," ujarnya ketika ditemui KOSMO!.
Ditanya keistimewaan program Riadah Pernafasan dalam merapatkan hubungan keluarga dengan anak-anak, ujar beliau, program ini merupakan gabungan teknik senaman dan pergerakan menggunakan kaedah pernafasan dan tenaga dalaman. Malah, Riadah Pernafasan juga dikenali sebagai riadah penyembuhan.
"Riadah Pernafasan mengajar anda mengenai teknik pernafasan yang betul dengan kaedah yang amat mudah dan sesuai bagi semua peringkat, dari kanak-kanak hinggalah menjangkau usia tua.
"Tujuan utamanya adalah untuk membuang segala unsur negatif dan tenaga-tenaga yang kurang baik dari dalam diri. Secara tidak lansung ia juga dapat membantu membuang masalah serta penyakit yang dihadapi," jelasnya.
Beliau turut menerangkan teknik dan tujuan pernafasan dilakukan. Contohnya, menarik dan memasukkan tenaga alam atau kosmik seperti tanah, air, api dan angin bagi menggantikan unsur negatif yang telah dibuangkan menggunakan teknik pernafasan yang betul.
Melakukan regangan, meditasi, jurus pernafasan dan teknik-teknik senaman yang berkesan dalam proses mendapatkan kesihatan yang baik sememangnnya menyeronokkan dan mudah dilakukan.
Kesannya, badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga, menghasilkan kulit yang cantik, menguatkan otot dan menjadikan minda lebih positif.
Tambah beliau, program ini dapat memberi ketenangan sambil berhibur selain menjadi diri anda sebenar. Bukan itu saja, jelas Dr. Lothfi, kanak-kanak adalah antara pelatih yang begitu pantas dan mahir mengikuti teknik yang diajar.
Pada akhir kursus, anda juga akan diuji sejauh mana pencapaian mengolah tenaga dalam Aura Hikmah Sejati sebagai melengkapkan diri dengan segala pengetahuan asas dan latihan yang dijalankan.
Kini, Riadah Pernafasan dikenali sebagai Family Auting di kalangan pelatih-pelatih lama yang tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing pada setiap minggu.
Mereka yang berminat mengikuti program Riadah Pernafasan, hubungi talian 08-80248553 (Rohana Ahmad) atau layari laman web, www.pyracosmic.com atau kunjungi 27-1, Jalan USJ 21/10, UEP Subang Jaya, Selangor