PYRA LADY DAN RAWATAN HOLISTIC PYRACOSMIC
Dilancarkan pada 15 Disember 2007 Kelab Pyra Lady merupakan pentas bagi para ahli wanita PYRACOSMIC untuk berkumpul dan membincangkan cara-cara memperbaiki diri dan mengatasi segala cabaran hidup.
Ia juga membuka peluang untuk menimba ilmu, berkongsi pendapat dan mempelajari selok-belok produk, perniagaan, ke]ayaan, kesejahteraan dengan mendapat nasihat dan panduan dari pakar-pakar yang berkaitan.
Selain sebagai kegiatan yang mampu menambahkan pendapatan sampingan gunakan Kelab ini sebagai batu loncatan untuk terus maju bersama PYRACOSMIC.
Sehubungan itu Pyracosmic telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti termasuk Seminar RHP khusus bagi mereka yang mementingkan aspek-aspek kecantikan, kesihatan dan kewanitaan. Ikuti seminar-seminar yang bakal diadakan seterusnya untuk mengetahui segala rahsia dan petua menjaga diri, meningkatkan tahap keanggunan dan kewanitaan yang menawan hati seisi keluarga terutamanya Si Dia. Lebih-lebih lagi apabila memberi kepuasan sanubari yang tidak dapat diperkatakan.....
Seminar RHP yang seterusnya akan dipadatkan dengan pelbagai ilmu dan latihan praktikal untuk mengetahui selok-belok rahsia dan petua menjaga wajah dan kecantikan luaran dan dalaman serta cara melambatkan proses penuaan, meningkatkan tahap tenaga dalaman, meningkatkan keserian pada muka, melangsingkan bentuk badan, dan menyerlahkan sifat-sifat kewanitaan dan keistimewaan dalam diri anda. Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti SEMINAR RHP PYRACOSMIC pada masa akan datang. Hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut.