Selamat datang ke web Pyracosmic v2.0
 




Feel The Cosmic Wave
Rasailah Gelombang Kosmos
Dapatkan buku terbitan terbaru "Rahsia Sebalik Ilmu Pyracosmic" di pasaran!
Utama | Profail | Pemasaran | Penganjuran | Institut Pengajian Pyracosmic | Revolusi Penyembuhan | Penerbitan | Pesanan Online | Hubungi
Dari kata Pengasas
PYRACOSMIC - cetusan
idea Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim
Pengasas produk dan
perkhidmatan PYRAcosmic.
Lihat Profail Beliau
PRODUK PYRACOSMIC
Pyra Cafe
Pyra Cosmetics
Pyra Energy Cleanser
Pyra Energy Water
Pyra Holistic Fragrance
Pyra Skin Care
Pyra Serum
Pyra Slim
Pyra Vibration Oil
Pyra Vibration Pot
Lain-lain
 
RANGKAIAN PRODUK PYRACOSMIC  

Pyra Energy Water
UNIK, BERMUTU, BERKHASIAT DAN BERASASKAN SAINS AL-QURAN
DENGAN PYRACOSMIC VIBRATION ENERGY

-Merangsang kadar metabolisma dan pencernaan
-Menghalang dan mengelak penyakit
-Mempertahankan tahap tenaga dan mengekalkan kesihatan tubuh
-Mempertahankan tahap tenaga dan melambatkan proses penuaan pada sel
-Mengaktifkan sel
-Membersih,menyegar dan merawat kulit
-Mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman
-Mengekalkan kadar kesegaran sayuran.daging serta makanan

 

KATRIJ

1-CARBON BLOCK FILTER
Menapis sisa toksik,bahan kima,racun serangga,klorin,THMs(Trihalomethanes),bau yang tidak menyenagkan,warna,bahan organic,logam berat,bacteria dan sebagainya

2-SILVER ACTIVATED CARBON
Menyingkirksn klorin,bsu yang tidak menyenangkan,warna,bahan organic tercemar dan lain lain bahan kimia beracun

3-BIO ENERGY PLUS
Diperbuat daripada campuran Bio Energy Seramiik,batu bermagnet,dan karbon aktif.Ia memecahkan kelompok molekul air kepada molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diserap oleh sel badan serta mengaktifkannya untuk meningkatkan kadar larutan

4-MINERAL STONE AND ACTIVATED CARBON
Menghasilkan ion mineral yang berkhasiat serta kalsium magnesium,besi,zink,kalium dan lain lain mineral untuk memperbaiki rasa air.

5-SEDIMENT FILTER
Menapis segala mendapan,lumpur,zarah-zarah dan bahan tercemar

KHASIAT PYRA ENERGY WATER

-Unik-Tenaga Piramid Kosmika
-Berkesan Dan Berkhasiat
-Bermutu dan Harga Berpatutan
-Sumber dari alam semulajadi
-Berasaskan sains dan Al-Quran
-Produk Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)
-Penyelengaraan yang mudah dan menjimatkan
-Dicipta oleh pakar sains metafizik

TERAPI PYRA ENERGY WATER

07 PAGI-10 PAGI…..500ML
10 PAGI-01 TGHARI…..500ML
01 TGHARI-03 PETANG…..500 ML
03 PETANG-06 PETANG…..500ML
06 PETANG-09 MALAM…..500 ML

*Bagi yang beragama islam,mulakan dengan bismillah 1x,Selawat 11x,serta niat yang spesifik

Amalkan dalam tempoh seminggu untuk terapi pyra fasa pertama dan disambung untuk minggu yang berikutnya.Ianya juga boleh:

-Membantu menyegarkan tenaga tubuh
-Membantu melegakan stress
-Membantu mengurangkan penyakit
-Membantu menyembuhkan penyakit kronik

ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH DIBANTU

-Penyakit malas
-Pelupa
-Penakur
-Hiperaktfi
-Stress

 

PYRA VIBRATION OIL
RAHSIA KEUNIKAN

Tahukah anda bahawasanya terdapat banyak khazanah alam yang belum dibomgkar oleh manusia?Hutan belantara menyimpan pelbagai khazanah yang amat berharga. Pyra Vibration Oil diadun dari pelbagai jenis akar kayu dan daun-daun rimba yang dapat memberi kelebihan pada sel dan kesihatan pada pengamalnya. Minyak rawatan serbaguna ini diperbuat dari 101 kayu teras terpilih antaranya, Lada Lipan, Lada Pahit, Kulit Beka, Akar Larah, Akar Yak Yong, Buah Pala, Daun Maili alam,Daun Ganda Rusa, Teras Raja Kayu, Teras Sekilo, Teras Cenderawasih serta adunan rempah ratus terpilih. Bebaskan diri anda dari masalah kesakitan urat-urat dan sendi, pengaliran darah yang tidak teratur, resdung, senggugut, migrain, masalah lepas bersalin dan tekanan.

Ia juga memberi kelegaan serta merta samaada apabila disapu atau diurut dan sungguh mujarab untuk menangani pelbagai masalah kulit dan luka-luka. Mudah dibawa ke mana-mana. Simpan dalam kereta dan ditempat kerja!. Fungsi utama bagi kegunaan mengurut dan memecah serta membuang lebihan angina dalaman system badan, Ia bertindak melindungi badan terutama urat-urat tubuh dari masuk angin dan melancarkan perjalanan darah serta pelbagai khasiat lain. Minyak herba Pyra ini adalah untuk kegunaan luar dan dalam.

ANTARA KELEBIHAN PYRA VIBRATION OIL

-ANTI SEPTIK
-ANTI KULAT
-ANTI SAKIT
-MASALAH KULIT
-MENYEMBUHKAN LUKA

CARA PENGGUNAAN

1) Rawatan Resdung

Untuk kelegaan serta merta, masak air sehingga menggelegak kemudian masukkan ke dalam besen/baldi. Titiskan PVO ke dalam besen/baldi tersebut. Sedut wap air panas yang sedang naik dan teruskan sehingga anda merasa lega. Selepas itu basuhlah muka. InsyaAllah kaedah rawatan ini dapat mengurangkan resdung anda. Untuk kesan yg lebih mujarab buat di bawah serkupan tuala supaya wap air panas terkumpul.

2) Melegakan Sengugut

Titikkan PVO ke dalam pusat anda dan sapukan juga di kawasan rahim yang tegang, di kawasan pinggang dan papan punggung. InsyaAllah, sakit akibat senggugut anda akan berkurangan.

3) Melegakan Migrain

Sapukan sedikit minyak di tangan dan urut bahagian dahi. Untuk melegakan sakit kepala anda, boleh juga urut di bahagian tangan antara ibu jari dan jari telunjuk.

3) Melegakan Migrain

Sapukan sedikit minyak di tangan dan urut bahagian dahi. Untuk melegakan sakit kepala anda, boleh juga urut di bahagian tangan antara ibu jari dan jari telunjuk.

4) Rawatan Lepas Bersalin

Boleh disapukan di perut, kepala dan anggota badan supaya dapat mengurangkan lenguh-lenguh. Anda juga boleh sapukan PVO di kaki dan lebih elok jika anda memakai stokin atau selepas keluar dari bilik air. PVO amat sesuai disapu ke perut bayi dan kaki bayi, untuk melegakan kembung perut bayi.

5) Mengurangkan Kelemumur
Campurkan 3-7 titik limau nipis bersama 1 sudukecil PVO. Kacau rata dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 20 minit dan kemudian dicuci bersih dengan air (terbaik dengan Pyra Energy Water). Lakukan 3 hari sekali dalam tempuh 2 minggu. Insyaallah, anda akan dapat hasil yang diinginkan.

 

 

PYRA HOLISTIC FRAGRANCE
HARUMAN PENINGKATAN AURA PERIBADI

-Diperbuat daripada ratusan pati bunga terpilih Pyra Holistic Fragrance mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukai wangian, manakala syaitan-syaitan amat membencinya kerana syaitan suka pada bau busuk. Roh yang baik menyukai bau yang wangi.

Wangian adalah santapan roh, roh adalah pusat stamina, stamina akan meningkat dengan wangian. Wangian Pyra Holistic Fragrance dapat membersihkan otak, jantung, setiap organ tubuh, bahagian dalaman, menggembirakan hati, menenangkan jiwa serta memberi kesegaran rohani. Hubungan antara wangian dengan jiwa dan roh adalah amat erat.

CARA PENGGUNAAN

Digunakan bila2 saja yang dirasakan perlu terutamanya bila hendak keluar rumah
selepas bersiap dan berdandan

1. Pegang PHF dengan tangan kanan,mengadap ke kiblat
2. Baca Bismillah 1x, Selawat 11x, Fatihah 3x dan niat yang spesifik: Cth “Wahai Allah, Kau sucikanlah peribadiku, muliakanlah budi pekertiku,elokkanlah tingkahlakuku, agar pertuturanku, perbuatanku, disenangi orang dan dihindari dari segala merbahaya…Amin”
3. Sedut 1 nafas, tahan di dada dan lepas. Insyaallah…

RAHSIA GELOMBANG PATI BUNGA SEMULAJADI PYRA HOLISTIC FRAGRANCE
- KEINDAHAN PERIBADI,SERLAHI KUALITI-

 

PYRA VIBRATION POT
-UNIK, EKSKLUSIF, HOLISTIK.
-DAPATKAN TEKO BERTENAGA PYRA INI SEKARANG JUGA

KEUNIKAN PYRA VIBRATION POT

Diperbuat daripada tanah liat bermutu serta mempunyai unsur-unsur perubatan Holistik pada pengamalnya. Terdapat 9 buah lagi piramid kecil di dalamnya. Binaan binaan piramid di dalam bekas PVP akan memantulkan getaran yang amat hebat pada molekul air di dalam bekas PVP. Gelombang-gelombang ini bersedia untuk diprogramkan mengikut niat penggunanya.

Kebolehan mental bertambah baik.

Saintis percaya jika hospital dibina berbentuk piramid, pesakit akan cepat sembuh

Membantu penghadaman makanan

Daya PVP dapat merubah daya spritiul

Membantu mengurangkan tekanan / stress

Mempertingkatkan daya ingatan

Menguatkan tulang serta gigi

Mempertingkatkan meditasi

Meningkatkan stamina

Semangat tinggi

CARA MENGGUNAKAN PYRA VIBRATION POT

Selaraskan Pyra Vibration Pot ke arah utara / selatan. Adalah terbaik meletakkan PVP anda jauh dari barangan elektrik dan bunyi yang amat kuat serta alatan microwave. Biarkan air minuman didalam PVP selama 3 minit sebelum menggunakannya.

TAHUKAH ANDA?

Menurut kajian yang telah dilakukan satu sebutan atau bacaan yang dilontarkan kepada piramid, piramid berupaya mengeluarkan gelombang 500x ganda. Kalau anda membaca sepuluh kali piramid akan mengeluarkan gelombang 5000x ganda. Di dalam teko gelombang Pyra ini, terdapat sembilan piramid kecil yang tersusun rapi didalamnya. Bayangkanlah gelombang yang dihasilkan. Bacalah doa dan niat dengan kosentrasi hati yang yakin. Tetapi anda perlu ingat jangan minta pada piramid tetapi pintalah kepada Tuhan yang Esa. Piramid tidak berkuasa, ianya hanyalah suatu binaan yang dapat kita manfaatkan tenaga yang terhasil daripadanya.

 

PYRA CAFÉ
Minuman Berkhasiat BermanfaatUntuk Seisi Keluarga

Manfaat PYRACAFE

PYRACAFE memang tiada tandingan! Ekstrak Pegaga berperisa kopinya memenuhi citarasa sekeluarga! Ia juga cukup istimewa dan menyediakan pelbagai manfaat untuk tubuh dan minda. WHO (Badan Kesihatan Sedunia) mengumumkan pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak . Terbukti dalam perubatan Ayurveda, India dan perubatan herba Shennong, Cina untuk mengembalikan kesihatan serta terkenal sebagai ulam berkhasiat yang sebahagian dari alam perubatan Melayu. Diadun dengan bahan yang suci lagi halal serta diwajahkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Terbukti dalam perubatan Ayurveda, India dan perubatan herba Shennong, Cina untuk mengembalikan kesihatan serta terkenal sebagai ulam berkhasiat yang sebahagian dari alam perubatan Melayu. Rumusan istimewanya diperkaya dan digetarkan dengan tenaga pyramid dan gelombang kosmik, sementara Pek Guna Semula Berbentuk Piramid memperkuatkan kandungannya.

Antara masalah yang boleh dibantu :

* Memberi tenaga,menyegarkan badan
* Membantu merawat buasir
* Merawat pitam
* Awet muda
* Rawatan lepas bersalin
* Membantu menyihatkan badan
* Menyejukkan badan
* Membantu proses mengurangkan berat badan

Cara pengambilan

1. Satu paket (sachet) selepas sarapan pagi
2. Satu paket (sachet) selepas makan tengahari
3. Satu paket (sachet) selepas makan malam
(sebelum tidur).Diamalkan cara pengambilan ini secara 4 hari berturut – turut

*Pegaga merupakan tonik saraf dan makanan otak yang membantu menambahkan ingatan Membantu menambahkan tahap tenaga, kesegaran dan kesihatan, kekuatan fizikal dan mental . Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan Pyra Cafe di pasaran sekarang !!!

 

PYRA COSMETIC (PYRA SKIN CARE)
*RAHSIA KECANTIKAN BERKEKALAN

Dengan gabungan teknologi piramid dan sains, Pyra Cosmetics merangsang molekul dan sel secara aktif dan memberi kesan pada kulit dan Pusat Tenaga Tubuh.

7 Khazanah Pyra Skin Care(Heritage Pyra Skin Care)

Dengan gabungan teknologi getaran daya piramid dan sains, Pyracosmetics merangsang molekul dan secara aktif dan memberi kesanpada kulit dan Pusat Tenaga Tubuh. Sari pencetusan sel yang tulen mengandungi maklumat yang diperlukan oleh sel untuk mereka memperbaharui, membiak dan berlindung. Tenaga ini dapat memberi nafas baru kepada sel kulit. Setelah diaktifkan semula, ianya kembali sebagai sel baru. sel-sel yang sihat dan bertenaga ini amat diperlukan oleh kulit matang serta yang sedang mengalami proses penuaan.

Pyra Lightening Milk Cleanser
(60ml) RM45

Membantu membersihkan kesan solekan, kotoran, sebum dan sel kulit mati dengan berkesan. Getaran tenaga dapat menyediakan kulit untuk proses melembut, mencerah dan menyerikan wajah seterusnya.

Cara Penggunaan :
Sapukan keseluruh Muka. Urut dengan lembut secara membuka ke atas untuk menanggalkan kotoran (urutan Pyra). Lap dengan kapas muka dan bilas dengan air mineral (Pyra Water). Guna waktu siang dan malam diikuti dengan Pyra Gel Cleanser.

Pyra Skin Essence
(30ml) RM79

Mengandungi pati herba dan ekstrak tumbuhan gurun yang dapat memperbaiki sel, menghaluskan kedutan, melicin dan menjadikan kulit lebih pejal serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru. Kaya dengan pelembab. Getaran Pyra Kosmik memberi getaran pada sel agar wajah lebih berseri.

Cara Penggunaan :
Ratakan keseluruh muka termasuk kawasan mata. Urut perlahan secara membulat keatas (urutan Pyra). Sesuai untuk semua jenis kulit. Guna siang & malam diikuti dengan Pyra Energy Day Cream (siang) / Pyra Night Cream (malam).

 

Pyra Refreshing Toner
(60ml) RM45

Ekstrak mentimun dapat mengurangkan kemerahan, bengkak dan jangkitan kuman. Menyegar dan melegakan saraf, membuang sisa kotoran supaya kulit sentiasa bersih dan lembut. Getaran Tenaga Piramid juda dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan, dan mengekalkan keremajaan kulit agar kelihatan lebih muda, cerah dan bersiri.

Cara Penggunaan :
Gunakan kapas muka untuk disapukan keseluruh bahagian muka secara lembut dan rata. Ikuti dengan Pyra Skin Essence untuk kesan maksimum.

 

Pyra Energy Day Cream
(30gm) RM69

Formula perlindungan yang bertindak menyerap cahaya matahari yang bertenaga. Mengaktifkan sel dan mengekalkan kesejahteraan sel. Getaran tenaga akan menyahkan tenaga yang tidak diperlukan oleh sel kulit. Bertindak sebagai pelembab, pelindung sinaran matahari dan asas bedak. Antiseptik dapat membantu memelihara kulit agar sihat dan bersih.

Cara Penggunaan :
Ambil sedikit demi sedikit dan sapu secara lembut dan nipis keseluruh muka (mengikut arah lawan jam). Anda boleh menggunakan Powder selepas ini. (mengikut keserasian kulit).

 

Pyra Lightning Mask
(60gm) RM69

Formula yang kaya dengan Royal Jelly dan Minyak Jojoba untuk pencerahan dan perawatan kulit. Membantu mengekalkan kelembutan, tahap kelembapan kulit. Getaran Tenaga juga membantu proses mempermuda dan menyegarkan wajah yang lesu.

Cara Penggunaan :
Sapu dengan satu lapisan rata keseluruh muka dan pangkal leher (elak bahagian mata). Gunakan selepas Mlik Cleanser & Gel Cleanser sekali atau dua kali seminggu selama 20 - 30 minit. Bilas dengan Pyra Water.

 

Pyra Night Cream
(30gm) RM69

Berkesan untuk merawat kulit kusam dan tidak bermaya. Memperbaharui sel yang rosak dan menambah keanjalan tisu sel. Formula yang dapat bertindak dengan tenaga kosmik yang amat berkesan pada waktu malam. Enzim YIS mampu mencerahkan kulit & mengurangkan tompok-tompok merah di muka.

Cara Penggunaan :
Sapu keseluruh bahagian muka (kecuali mata) dan urut dengan lembut secara urutan Pyra. Biarkan semalaman. (guna waktu malam sahaja).

 

Pyra Gel Cleanser
(30ml) RM39

Membantu membersihkan pori-pori. Menyeimbangkan sebum dan warna kulit muka. Ekstrak buah epal dan lain-lain akan memberikan kesegaran kepada wajah.

Cara Penggunaan :
Tuang sedikit atas tapak tangan. Campurkan dengan air. Urut ke muka yang lembab dengan lembut untuk menanggalkan kotoran. Bilas dengan Pyra Energy Water. Diikuti dengan Pyra Refreshing Toner.

 



PYRA COSMETIC--PYRA LIPSTIK

MIAMI RED HONEY CORAL CANDY
CANARY PINK FRESH BROWN PETAL PINK


RASAILAH GELOMBANG LIPSTICK PYRA EXTRAK TUMBUHAN SEMULAJADI

Lipstick yang semulajadi dan tidak terasa memakainya dibibir! Mengikut gelombang tenaga semulajadi tubuh.  Tenaga yang terhasil dapat memberi keyakinan yang diperlukan setiap wanita. Formula khas Gamat, Propolis dan Aloe Vera banyak memberi kesan rawatan di bibir yang menjadikan  Lipstick Pyra amat berbeza dan unik. 

kandungan

Fungsi

Castor Oil

Moisturizer

Titanium Dioxide

UV Filter

Jojoba Oil

Skin repair, moisturizer, emolient

Helianthus Annuus Seed Oil

Moisturizer, skin repair

DL-A–Tocopheryl

Antioxidan, vitamin to skin

Propolis

Antibacterial, healing skin, skin repair

Gamat Extract

Healing skin, repair skin

Aloe Vera Powder

Soften lips, smoothen lips

CI 75470, CI 77491, CI 77492, CI 77499

Heal and avoid pigmentation




PYRA COMPACT  POWDER

Formula khas untuk membuatkan wajah sipemakai kelihatan lebih muda, cerah, cantik, gebu dan berseri. Wajah akan tampak lebih sihat dan bertenaga. Tenaga Pyra akan mengaktifkan sel-sel kulit dan membantu mengeluarkan ‘warna sejati’ seseorang wanita. Hanya dengan solekan yang nipis, kesan kecantikan si pemakai mampu bertahan sepanjang hari.

Cara penggunaan :
Ratakan keseluruh muka termasuk kawasan mata menggunakan ‘sponge’ yang disediakan dengan cara menekap (dapping) ke muka, agar kesan bedak masuk ke pori-pori (liang roma).

 

PYRA ENERGY CLEANSER
Sabun buatan tangan yang dikeluarkan oleh PYRACOSMIC dengan sifat-sifat semulajadi yang diambil dari alam. Selari dengan falsafah kesihatan PYRACOSMIC, kandungan bahan kimia dipastikan pada tahap paling minimum dari yang diperlukan dalam pembikinan sabun yang bersifat alam nusantara. Terdapat dalam tiga sumber alam semulajadi yang berbeza, namun memberi kesan yang mendalam dalam rejim penjagaan kesihatan dan kecantikan muka dan seluruh badan.

a. PYRA ENERGY CLEANSER – Citrus Hystrix 70g
Sabun Limau Purut – RM 25.00

-Membantu merawat dan mengurangkan gatal-gatal badan, mengurangkan bau badan, menyegarkan kulit, bersifat anti-bakteria, menghilangkan kedutan dan garis halus, mencerahkan dan menyerikan wajah, membersih, melembut dan menegangkan kulit.

Cara Penggunaan :
Lembapkan muka dengan air (Pyra Energy Water), lembapkan sabun dengan sedikit air dan cuci muka dengan gerakan membulat ke atas. Cuci bersih dengan air (Pyra Energy Water). Gunakan setiap hari diikuti dengan Sabun

b. PYRA ENERGY CLEANSER – Oritza Glutinosa 40g
Sabun Pulut Hitam– RM 25.00

Formula tradisi nusantara untuk kesan ‘scrub’. Membantu menanggalkan sisa-sisa kotoran dan minyak pada kulit agar kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan halus. Membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Cara Penggunaan :
Lembapkan muka dengan air (Pyra Energy Water), lembapkan sabun dengan sedikit air dan cuci muka dengan gerakan membulat ke atas. Cuci bersih dengan air (Pyra Energy Water). Gunakan di sebelah petang (atau bila saja anda suka) diikuti dengan Sabun Kelapa Dara.

c. PYRA ENERGY CLEANSER – Cocos Nucifera 40g
Sabun Kelapa Dara – RM 29.00

Kaya dengan Vitamin E dan anti-oksida – untuk merawat pelbagai masalah kulit dan mengurangkan kesan kudis, ekszema dan psoriasis. Menanggalkan sel-sel mati dan mengembalikan keremajaan kulit, melembab dan melembutkan kulit. Merawat resdung dan jerawat, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan dan garis halus di bawah mata dan wajah.

Cara Penggunaan :
Lembapkan muka dengan air (Pyra Energy Water), lembapkan sabun dengan sedikit air dan cuci muka dengan gerakan membulat ke atas. Cuci bersih dengan air (Pyra Energy Water). Gunakan pagi, petang dan malam.

 

PYRA SLIM
Cantik, Selesa & Sihat bersama


Pakaian Membentuk Tubuh (Shape-up Foundation Lingerie) terkini yang mengutamakan kesihatan dan keselesaan.
-Potongan 4D
-Menegangkan Pinggul

Pyra Slim merupakan pakaian membentuk tubuh pertama yang beraura dengan getaran tenaga kosmik serta ciri-ciri keistimewaan unik seperti :
* Material Minus Ion
* Tenaga Ultra Inframerah
* Nano Teknologi
* Getaran Daya Piramid / Kosmik

Gabungan Tenaga Pyra dan Tenaga Ultramerah Jauh berupaya membantu :

Membakar lemak
Menegang pinggul
Membentuk postor tubuh ideal
Mengagih lemak ketempat yang betul
Mengawal cara pemakanan
Melega sembelit dan angin badan
Membantu mengurangkan stress
Membantu mengaktifkan chakra
Membaikpulih masalah sakit pinggang
dan tulang belakang

PyraSlim mampu mengaktifkan pusat pyra tubuh, membantu mendapatkan bentuk tubuh yang betul serta kecantikan dalaman dan luaran kepada wanita sambil mengembali dan meningkatkan keyakinan peribadi. PyraSlim ternyata satu produk unggul untuk wanita yang dihasilkan dengan teliti menerusi penyelidikan dan kajian mendalam oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim.


PyraSlim amat sesuai untuk setiap yang bergelar wanita terutamanya :

• Wanita yang ingin mengekalkan bentuk badan yang sempurna.
• Wanita yang mempunyai bentuk badan yang kurang memuaskan.
• Wanita yang menghadapi masalah kegemukan
• Wanita selepas bersalin
• Wanita yang mengalami menopos

KELEBIHAN PYRA SLIM

Serat Elastik Unggul
Serat Berkeluli Lembut Istimewa
Penyerap Peluh Yang Kuat
Pengaliran Udara Yang Baik
Bahan Nanometer
Penjagaan dan pemakaian
yang mudah
Bahan Anti Bakteria
Fabrik Minus Ion
Yang Lembut
Anti Iritasi

 

PYRA SERUM
CERAH,MUDA,CANTIK BERSERI

- ALAMILAH KEAJAIBAN PYRA SERUM -

Khasiat pati herba dan akar kayu berasaskan minyak ini amat sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang bermasalah, berjerawat, berjeragat serta kulit yang terlalu kering (dehidrasi).

Merawat sehingga kedalam saraf dan lapisan ketiga kulit, mengeluarkan sel-sel mati dan mengaktifkan pengeluaran sel-sel kulit yang baru. Proses penyalinan kulit akan berlaku secara perlahan tanpa mengalami pengelupasan.

Formula Pyra Serum juga dapat mengurangkan kemerahan, bengkak dan jangkitan kuman. Menyegar dan melegakan saraf, membuang sisa kotoran supaya kulit sentiasa bersih, segar dan lembut.

Getaran Tenaga Pyra juga dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan, dan mengekalkan keremajaan kulit agar kelihatan lebih muda, cerah, cantik dan berseri.

CARA PENGGUNAAN

Ratakan keseluruh muka termasuk kawasan mata. Urut perlahan secara membulat ke atas (urutan Pyra). Sesuai untuk semua jenis kulit. Guna siang dan malam diikuti dengan Pyra Energy Day Cream (siang) / Pyra Night Cream (malam).Di selang seli penggunaannya dengan Pyra Skin Essence

Utama | Profail | Pemasaran | Penganjuran | Institut Pengajian Pyracosmic | Revolusi Penyembuhan | Penerbitan | Pesanan Online | Hubungi

Copyright © 2009 PyraCosmic.com (001596863-K)


Design & developed by EZYONE