PYRACOSMIC (001596863-K) telah ditubuh dan didaftarkan secara rasminya pada Januari 2006 oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Ia bernaung di bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
PyraCosmic memulakan operasi dengan matlamat memberi manfaat sepanjang hidup kepada pengguna produknya serta mereka yang menyertai segala Latihan dan Kursus anjuran Syarikat. Jadi, ia mempertingkatkan kehidupan anda dengan menyalurkan tenaga kosmik yang sediada melalui prinsip dan kuasa piramid, berasaskan amalan-amalan jasmani dan rohani. Olehsebab itulah, nama Syarikat ini berasal dari dua perkataan – “Pyra” sebagai singkatan bagi Piramid dan “Cosmic” yang melambangkan kuasa semesta.
Beroperasi sepenuh masa sebagai Ibu Pejabat di USJ Subang Jaya Selangor, kini PYRACOSMIC telah mempunyai rangkaian pusat jualan, ahli serta pelatih di seluruh pelusuk tanah air termasuk Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Produk-produk PyraCosmic kebanyakannya berasaskan tenaga kosmik dan kuasa piramid dan olehsebab itu, berbeza dari produk serupanya dari segi kesan keseluruhan, samada ia serta-merta atau kesan jangka panjang, tahap kepuasan dan jumlah manfaat yang menanti penggunanya.
Selain produk, amalan ilmu, jasmani dan rohaniah yang menyertai penggunaan setiap produk serta kaedah pernafasan dapat melipatgandakan kesan dan manfaat dari setiap produk dan latihan yang disediakan. Inilah yang membezakan PyraCosmic dan menjadikannya satu-satunya Syarikat yang pasti menyerahkan masa depan hidup anda. Hayatinya mulai hari ini...
Visi
Melahirkan Insan Yang Berjiwa Besar dan Berjaya Mencapai Cita-Cita.
Misi
- Bangkitkan Kuasa Dalaman Anda.
- Indah dengan ibadah pada Allah yang Maha Esa
- Selamat di dunia dan akhirat dengan membantu membangunkan moral insaniah melalui ISH 565
- Lengkap dan berkesan melalui penulisan, latihan, seminar, media cetak, media elektronik secara profesional
- Aqidah yang padu serta mengeratkan ikatan kekeluargaan di antara alumni sebagai agen dalam membangun masyarakat celik, spiritual , beriman , beramal serta berilmu di tengah-tengah masyarakat
- Memikir, menghayati serta melakukan nilai-nilai yang positif bagi sektor pendidikan, kebudayaan, sosial, ekonomi dan agama.
Falsafah
Memiliki Keseimbangan Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan "Melahirkan ummah yang berjiwa besar dan berjaya mencapai cita-cita"
Konsep Pyracosmic
Di PyraCosmic, kami benar-benar berusaha membantu mereka yang datang kepada kami untuk mengatasi masalah kesihatan, meningkatkan taraf hidup, mengeratkan hubungan antara suami-isteri serta seisi keluarga, sambil menikmati manfaat dari segi Kesihatan Fizikal, Kecemerlangan Minda dan Otak, Ketenangan Emosi, Kecemerlangan Rohani dan Keseimbangan Pernafasan, melalui kaedah-kaedah yang selamat, terbukti dan berkesan.
Konsep PyraCosmic berasaskan menerapkan kuasa dan tenaga alam semesta melalui prinsip piramid yang terbukti berkesan selama ribuan tahun. Apabila kuasa semesta tersebut diserap dan disalurkan kepada anda melalui produk-produk seperti penapis air, barangan kecantikan dan sebagainya, anda dapat menikmati pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan dengan kesan yang telah dilipat-gandakan!
Olehsebab inilah produk PyraCosmic berbeza berbanding produk lain di pasaran. Buktinya adalah berdasarkan testimoni-testimoni pengguna yang semakin lama semakin meningkat. |