Mengikut sejarah, perubatan tradisional telah bermula sejak beberapa abad yang lalu hinggalah ke hari ini di mana penggunanya sudah semakin meluas iaitu dikalangan 70 - 80% penduduk dunia. Berdasarkan daripada sumber WHO, 80% dari jumlah 40 bilion populasi dunia ini menggunakan rawatan alternatif sebagai penjagaan kesihatan primer malah lebih dari 120 buah negara di dunia ini mempunyai pelbagai institusi perubatan alternatif.
Salah satu keunikan kami di PYRACOSMIC adalah, selain daripada pengajian ilmu, rangkaian produk kesihatan dan kecantikan, kami juga menawarkan rawatan alternatif sebagai salah satu perkhidmatan kepada masyarakat.
Sejak awal penubuhan PYRACOSMIC sehinggalah ke hari ini nama Prof. Dr Ahmad Lothfi Ibrahim sudah tidak asing lagi di kalangan mereka yang bermasalah serta berpenyakit. Dengan izin Allah, pelbagai penyakit kronik telah berjaya dipulihkan melalui kaedah penyembuhan rawatan holistik PYRACOSMIC.
|